SET KESUBURAN AL-KHISHBUN



FORMULA LENGKAP UNTUK KESUBURAN WANITA



SET KESUBURAN AL KHISHBUN mengandung 2 jenis produk iaitu SK Al Khishbun (400gm) dan Hulba Al Khishbun (50gm).

SK Al Khishbun merupakan gabungan istimewa Susu Kambing, ekstrak stevia sebagai pemanis 100% semulajadi, biji Habbatus Sauda (Syria) yang merupakan spesis bijirin terbaik yang telah dipanggang. Ketiga-tiga bahan menjadi ramuan unggul kerana mepunyai sifat alkali yang tinggi dalam badan. Kehebatan SK Al Khishbun terletak pada ramuan rahsia herba-herba kesuburan dari Tanah Arab yang pernah terkandung di dalam buku Ilmu Perubatan Sufi. Mengandungi serbuk bunga kurma yang dahulunya digunakan sebagai herba penambah hormon dan mengentalkan sperma. SK bertindak untuk menyuburkan rahim. 1 botol untuk 1 bulan penggunaan.

Hulba Al Khishbun menggabungkan 7 jenis herba-herba dari Tanah Arab yang bertindak untuk menbersihkan rahim dan organ dalaman akibat dari keguguran, pembedahan, darah haid yang tidak lancar, senggugut yang teruk dan pelbagai lagi masalah rahim yang menjadi punca kepada kesukaran mendapatkan zuriat. Proses membersihkan rahim ini sangat penting dalam memastikan kondisi rahim telah bersedia untuk persenyawaan. 1 botol untuk 3 bulan penggunaan.

Gabungan ini membantu merangsang rahim, memanaskan organ pembiakan dan mengukuhkan tenaga dalaman. Herba Campuran Arab ini biasanya menjadi amalan para remaja Arab yang akan berumahtangga. Menjaga keseimbangan dan normal tubuh serta membaiki saraf kelamin dan serta memulihkan tenaga batin.

SK Al-Khishbun merupakan makanan tambahan untuk kesuburan yang sesuai untuk golongan lelaki dan perempuan. Cafe Al Khishbun diformulasikan khusus untuk kaum lelaki sahaja kerana mengandungi campuran herba-herba untuk kekuatan sperma dan tenaga dalaman lelaki. Kaum wanita tidak dibenarkan menggunakan Cafe Al Khishbun sama sekali. Akan tetapi bagi kaum lelaki yang menghadapi masalah kiraan sperma yang rendah maka mereka perlu mengambil SK Al Khishbun di sebelah pagi dan Cafe Al Khishbun di sebelah malam.

1. Minum SK Al Khishbun 1 skop pagi sebelum sarapan dan 1 skop malam 1 jam sebelum tidur. Bancuh dengan air suam sahaja.

2. Makan ½ sudu kecil Hulba Al Khishbun yang telah dicampurkan dengan madu atau buah kurma sebelum makan tengahari (waktu dhuha) 1 kali setiap hari.

3. Langkah paling penting – mandi sauna herba 1 kali selepas 1 minggu mengamalkan SK Al Khishbun dan Hulba Al Khishbun bagi mengeluarkan segala kekotoran yang telah lama terperangkap di dalam badan.

4. Mandi sauna kali kedua dilakukan selepas 2 minggu dari mandi sauna yang pertama.

5. Buat rawatan urut atau sengkak sekurang-kurangnya sekali.

6. Banyakkan minum air masak bagi menstabilkan suhu badan.

7. Kurangkan makanan dan minuman berasid dan lebihkan makanan beralkali kerana pH alkali paling sesuai untuk mereka yang merancang untuk hamil

PESANAN PENTING – Produk ini tidak boleh diambil semasa waktu period atau ketika demam. Sambung semula pengambilan produk ini 3 hari selepas period kering. Jika telah disahkan mengandung hendaklah berhenti dari mengambil produk tersebut.

MESEJ DARI PENGASAS



PUAN HAJJAH NORZANA BT RAPIE
Pengarah Kumpulan Perintis


”Saya telah menjalani 3 pembedahan akibat keguguran sebanyak 3 kali berturut-turut. Ini telah menimbulkan pelbagai komplikasi dalam badan. Urine mengandungi kuman, darah dan protin urine yang tinggi dan berisiko terkena sakit buah pinggang dan peluang kehamilan semula yang tipis. Hampir 2 tahun berulang alik ke hospital untuk rawatan rahim dan urine. Pada bulan Februari 2010, saya telah dijemput menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah buat pertama kalinya. Suatu hari selepas subuh, saya berkenalan dengan seorang wanita,  beliau banyak menceritakan tentang kehebatan ramuan-ramuan arab yang hanya terdapat di Tanah Arab. Saya tertarik dengan satu ramuan rahsia kaum arab mengenai kesuburan wanita dan lelaki. Keesokkan harinya saya keluar mencari ramuan2 tersebut di sekeliling kota mekah. Bukan satu perkara yang mudah, tapi kuasa Allah tiada siapa yang dapat menghalang. Saya dipertemukan dengan sebuah kedai kecil yang hanya menjual rempah ratus dan herba asli Arab. Di situlah saya belajar mengenai kehebatan herba arab ini melalui seorang tabib bernama Tabib Abdillah Bahabeer. Pelbagai resepi diperturunkan kepada saya. Menurutnya campuran herba kesuburan ini kebiasaannya diberikan kepada anak-anak dara dan teruna sebelum mereka melangsungkan perkahwinan. Ini bagi menyuburkan rahim kaum perempuan dan mengentalkan sperma kaum lelaki. Malah mereka juga mengamalkannnya sehingga dewasa untuk menguatkan tenaga batin mereka. Sehingga kini saya masih berurusan dengan tabib tersebut. Sekembalinya saya ke tanahair, saya telah mengamalkan ramuan tersebut yang dicampur dengan Susu Kambing. Saya amalkan setiap pagi dan sebelum tidur. Alhamdulillah, setelah 4 bulan mengamalkannya saya telah disahkan HAMIL lagi dan segala kuman, protin dan darah yang dikesan di dalam rahim dan urine saya telah berjaya dihapuskan. Kini ramuan tersebut saya jadikan sebuah formula kesuburan dari Tanah Arab untuk saya kongsikan dengan orang ramai dan saya namakan sebagai AL-KHISHBUN”.

(Kami tidak mengeluarkan sebarang testimoni kejayaan produk atas nasihat beberapa orang pendakwah bagi mengelakkan sebarang laku yang membawa kepada syirik kecil kerana segala ketentuan adalah datang dari anugerah Allah s.w.t. Sebagai manusia kita hanya perlu berusaha tanpa jemu serta bertawakal….)